Sunday 20 October 2013

http://www.sokesto.net/tmk/laluan1.php

JADUAL KURSUS DSKP TMK TAHUN 4 2014


DSKP MATA PELAJARAN TMK TAHUN 4 2014


Contoh RPH TMK


Mata pelajaran/kelas/bil murid TMK/4A/20 orang

Tema /Topik/modul: Eksplorasi multimedia

Masa: 11.15-12.15 pagi

Standard Pembelajaran:  3.2 Membangunkan persembahan multimedia yang 

Objektif Pembelajaran:  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat 

Aktiviti pengajaran dan 

pembelajaran:

mengandungi sekurang-kurangnya tiga elemen multimedia. 

menghasilkan satu persembahan multimedia tidak linear 

yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga elemen 

multimedia.

1. Guru menayangkan satu persembanhan multimedia 

tidak linear kepada murid.

2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang persembahan 

yang ditunjukkan.

Contoh soalan:

a) Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang 

b) Adakah persembahan yang ditunjukkan itu 

c) Nyatakan elemen-elemen multimedia yang terdapat 

3. Guru menerangkan maksud tentang persembahan 

multimedia tidak linear dan elemen-elemen multimedia 

yang terdapat dalam persembahan.

4. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

5. Guru meminta setiap kumpulan menghasilkan satu 

persembahan multimedia tidak linear bertemakan 

tokoh-tokoh Negara yang mengandungi sekurang-
kurangnya tiga elemen mulitimedia.

6. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja .

persembahan yang di tunjukkan?

persembahan multimedia linear atau tidak linear? 

dalam persembahan yang ditunjukkan?

1. Kreativiti & Inovasi,Patriotisme.

Elemen Merentas Kurikulum 

(EMK):

Bahan Bantu Belajar: Perisian powerpoint.

Saturday 19 October 2013

TMK 2013

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.