Thursday 19 March 2015

Template Offline Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 Borang Pelaporan TMK

Sila sertai komuniti guru SGO

Template Offline Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4  Borang Pelaporan TMK
Template Offline Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4 Borang Pelaporan TMK

Assalamualaikum.

Kali ini SGO kongsikan template offline bagi borang pelaporan subjekTeknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4. Seperti yang guru-guru sedia maklum, pengisian template offline ini sebenarnya sangat mudah. Dimana guru-guru boleh mengisi pada bila-bila masa sahaja dan simpan sendiri sehinggalah diperlukan bila diberitahu kelak.

Pengisian borang pelaporan mata pelajaran TMK Tahun 4 ini hendaklah diisi dan dinilai sepanjang masa bagi sepanjang tahun persekolahan murid.


DOWNLOAD



Template Offline Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4  Borang Pelaporan TMK upload by EduWeb SGO

    Sunday 20 October 2013

    http://www.sokesto.net/tmk/laluan1.php

    JADUAL KURSUS DSKP TMK TAHUN 4 2014


    DSKP MATA PELAJARAN TMK TAHUN 4 2014


    Contoh RPH TMK


    Mata pelajaran/kelas/bil murid TMK/4A/20 orang

    Tema /Topik/modul: Eksplorasi multimedia

    Masa: 11.15-12.15 pagi

    Standard Pembelajaran:  3.2 Membangunkan persembahan multimedia yang 

    Objektif Pembelajaran:  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat 

    Aktiviti pengajaran dan 

    pembelajaran:

    mengandungi sekurang-kurangnya tiga elemen multimedia. 

    menghasilkan satu persembahan multimedia tidak linear 

    yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga elemen 

    multimedia.

    1. Guru menayangkan satu persembanhan multimedia 

    tidak linear kepada murid.

    2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang persembahan 

    yang ditunjukkan.

    Contoh soalan:

    a) Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang 

    b) Adakah persembahan yang ditunjukkan itu 

    c) Nyatakan elemen-elemen multimedia yang terdapat 

    3. Guru menerangkan maksud tentang persembahan 

    multimedia tidak linear dan elemen-elemen multimedia 

    yang terdapat dalam persembahan.

    4. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

    5. Guru meminta setiap kumpulan menghasilkan satu 

    persembahan multimedia tidak linear bertemakan 

    tokoh-tokoh Negara yang mengandungi sekurang-
    kurangnya tiga elemen mulitimedia.

    6. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja .

    persembahan yang di tunjukkan?

    persembahan multimedia linear atau tidak linear? 

    dalam persembahan yang ditunjukkan?

    1. Kreativiti & Inovasi,Patriotisme.

    Elemen Merentas Kurikulum 

    (EMK):

    Bahan Bantu Belajar: Perisian powerpoint.

    Saturday 19 October 2013

    TMK 2013

    Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

    Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

    Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

    Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.